Data kehadiran akan dihantar setiap hari kepada PPD,JPN & KPM untuk direkod.
Oleh itu ketidakhadiran bersebab hendaklah disertakan dengan surat waris@ surat sakit dari hospital/klinik.
Ketidakhadiran tanpa sebab @ tanpa surat dianggap sebagai ponteng.
Ponteng merupakan salah satu kes disiplin. Kes disiplin akan direkod dalam SSDM.3 hari berturut2 tidak hadir tanpa sebab akan dikenakan tindakan disiplin dan surat akan dikeluarkan kepada murid tersebut.
Pihak sekolah amat berharap pihak waris mengambil cakna tentang kehadiran anak ke sekolah.
Ketidakhadiran ke sekolah akan menyebabkan murid akan ketinggalan dalam pelajaran.
Pihak sekolah juga telah mensasarkan pencapaian kehadiran ke sekolah akan dapat mencapai 90% dan ke atas.
Oleh itu ,kerjasama dari tuan/puan untuk memastikan anak2 hadir ke sekolah setiap hari amat dihargai.
Jom dapatkan Khidmat Talian Sokongan Psikososial Unit Bimbingan Dan Kaunseling SK Sultan Ismail (1) sekiranya anda memerlukan seseorang untuk berkongsi cerita, idea dan pendapat.