Hello HEM! Selamat Datang ke Laman Unit HEM SKSI 1

Hello HEM! Selamat Datang ke Laman Unit HEM SK Sultan Ismail 1| Sekolah Kluster Kecemerlangan

BARISAN PENTADBIR

BARISAN PENTADBIR

Sunday 19 March 2023

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN 2023/2024

 Antara program / aktiviti yang dijalankan pada hari pertama persekolahan ialah:

  • Program Amalan Guru Penyayang; menyambut kehadiran murid di pintu pagar sekolah dengan pelbagai maskot (Dinosour, Angry Bird, Hulk, Ultraman dan lain-lain)
  • Bacaan Yaasiin.
  • Perhimpunan.
  • Nyanyian Lagu Patriotik.
  • Taklimat Awal Persekolahan & Budaya Sekolah oleh PK HEM.
Aktiviti berjalan lancar dengan kerjasama pegawai penghubung sekolah. Aktiviti yang dijalankan disambut baik oleh semua pihak.



















Banyak lagi gambar boleh dilihat di pautan facebook sekolah:
https://www.facebook.com/sultanismail.satu

Saturday 18 March 2023

Info | Elaun Murid Berkeperluan Khas (EMK)


PENGENALAN :

  • Elaun Murid Berkeperluan Khas (EMK) telah mula diperkenalkan pada tahun 2005 yang bertujuan untuk meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga murid-murid berkeperluan khas (OKU). Elaun ini diberikan kepada murid OKU yang bersekolah di peringkat prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah termasuk pelajar di Kolej Vokasional dan Matrikulasi yang mempunyai kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

KADAR :

  • RM150 sebulan x 12 bulan (tertakluk kepada jumlah bulan yang melayakkan murid untuk menerima EMK pada tahun tersebut).

PEMILIHAN :

  • Murid warganegara Malaysia.
  • Murid Orang Kurang Upaya (OKU) yang bersekolah di peringkat prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah di Sekolah Kerajaan (SK) dan Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK) serta pelajar di Kolej Matrikulasi dan Kolej Vokasional.
  • Memegang kad OKU, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
  • Tidak menerima sebarang biasiswa atau elaun /insentif kewangan lain daripada agensi kerajaan dan bukan kerajaan.

KAEDAH PENYALURAN :

  • Elaun disalurkan oleh KPM kepada Bahagian Pendidikan Khas yang menyalurkan elaun tersebut kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)/ Bahagian Matrikulasi/ Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV).
  • Seterusnya, JPN/ Bahagian akan menyalurkan elaun kepada akaun sekolah dan akaun murid.

 Sumber: https://www.moe.gov.my/bantuan-pembelajaran-menu/elaun-murid-berkeperluan-khas-emk


Friday 17 March 2023

Jom Jaga Buku Teks!

Assalamualaikum ibu bapa dan murid-murid... Dah tak lama nak mula sesi persekolahan baru. Pastinya dah banyak persediaan sebelum sekolah dibuka kan? 

Berikut pesanan dari Sir Ahmad bin Che Omar selaku Penyelaras SPBT SK Sultan Ismail 1 ;) Sama-sama kita jaga Buku Teks dengan baik dan cermat.